PUTRAJAYA: Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2018 hingga 2023 seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, keadaan itu membuktikan gejala rasuah 'membengkak' di negara ini.
Beliau berkata, jumlah sebesar itu sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat seperti pembasmian kemiskinan, pembinaan infrastruktur seperti sekolah dan hospital, serta membantu golongan yang memerlukan.
Atas sebab itu, Perdana Menteri berkata, semua pihak termasuk rakyat perlu berganding bahu bersama agensi penguatkuasaan seperti SPRM untuk membanteras gejala tersebut.
“Isu ini tidak boleh dipandang ringan. Anda memerlukan kesungguhan, komitmen, dedikasi dan keberanian, serta memerlukan legislatif dan perundangan yang kuat untuk melindungi kita dari gejala rasuah. Dan paling penting anda perlu keberanian politik serta hala tuju yang jelas.
“Saya percaya, dengan kekuatan ini, tekad politik yang jelas, supaya semua tidak sanggup dan tidak bersedia untuk berkompromi dengan rasuah.
"Kita luncurkan agenda pembanterasan rasuah, yang tentu tonggaknya masih SPRM, tetapi yang terlibat ialah semua termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja, dan agensi-agensi lain yang harus memastikan negara ini beranjak daripada keterlanjuran lalu dan lebih bertekad untuk membanteras gejala rasuah,” tegasnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 di Putrajaya, pada Selasa.
NACS 2024-2028 akan menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, dan lebih memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.
NACS menggariskan strategi-strategi penting yang tertumpu pada peningkatan integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban merentas pelbagai sektor di Malaysia, termasuk ahli politik, pentadbiran awam, perolehan kerajaan, penguatkuasaan undang-undang, institusi perundangan dan kehakiman; sektor swasta serta masyarakat.
Dalam pada itu Perdana Menteri mengambil maklum kekangan yang dihadapi SPRM dalam menjalankan penguatkuasaanya, terutamanya jika individu yang berkaitan merupakan golongan yang berpengaruh.
“Kerana apabila kita perangi rasuah, perasuah itu bukan manusia kerdil atau kecil. Perasuah itu orang berpengaruh, darjat atasan, daya yang besar, akan menggunakan sebarang usaha melalui media sosial, jentera kerajaan, kuasa pengaruh politik untuk menghalang, menyerang sama ada tokoh politik atau bidang penguatkuasaan.
“SPRM sendiri tahu bagaimana kadang-kadang terpaksa menghadapi serangan, tohmahan dan juga bala keselamatan kerana dalam pertarungan ini, pertarungan yang dasyat.
“Sebab itu saya hadir memberikan dukungan, dan juga dua Timbalan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ada, untuk menzahirkan pendirian kita, bukan sekadar meluncurkan satu lagi strategi, kerana sejak Merdeka berpuluh dah ada rancangan pembanterasan, pelan, dan undang-undang dipinda,” katanya lagi.
Justeru Perdana Menteri berkata, beliau yakin dengan pelaksanaan NACP, Malaysia bakal diangkat menjadi sebuah negara yang hebat daripada segi tatakelola, sekaligus dapat melonjak sebagai antara yang terhebat di rantau ini.
Firdaus Azil
Tue May 07 2024
Anwar berkata, jumlah sebesar itu sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan yang lebih bermanfaat di negara ini. - Gambar/ Bernama
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Dua orang terbunuh dan lima lagi hilang selepas sebuah bot bermotor kecil bertembung dengan sebuah kapal persiaran di Sungai Danube di utara Budapest lewat Sabtu.
Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev.
PM Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
Fahmi kecam tindakan Meta turunkan hantaran Anwar bertemu Hamas
Kementerian Komunikasi mengecam tindakan syarikat induk Facebook, Meta Platforms yang menurunkan posting syarikat media berkaitan pertemuan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sayap politik, Hamas.
PM Anwar, MB Terengganu adakan perjumpaan tertutup
Perdana Menteri hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Malaysia harus rebut peluang lakukan pembaharuan dalam penyelidikan klinikal - PM
Malaysia harus merebut peluang, berusaha untuk melakukan pembaharuan, dan menghapuskan halangan kepada penyelidikan klinikal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam 5 tahun sangat menggemparkan - PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun seperti yang didedahkan SPRM adalah angka yang menggemparkan, kata Anwar.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.